Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok kayu, binatang-binatang yang melata, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula yang berhak ditimpa azab; dan sesiapa yang dihinakan Allah maka tidak ada baginya kemuliaan. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya. (Al-Hajj: ayat 18)